SELAMAT DATANG


Selamat Datang ke Blog Saya. Anda dialu-alukan untuk memberi sedikit komen.




Rabu, 27 Jun 2012

PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH

Koperasi Sedar telah memulakan projek PKS ini sejak tahun 2005 lagi, di mana lawatan yang dilakukan pada tiap-tiap tahun berasaskan pendidikan seperti melawat pelabuhan di Johor, lawatan ke kilang-kilang, tempat-tempat peranginan seperti Tanjong Piai, tempat-tempat bersejarah dan sebagainya.

PKS yang diperkenalkan oleh Pak Ungku, konsep Hos dan Tamu di perkenalkan dan saling bantu membantu untuk menjayakan program ini.Koperasi Sedar telah mengadakan PKS ini, seperti di SMK Pulau Tawar, Jerantut Pahang, MRSM Langkawi, Kedah, SMK Pulau Gadong, Perlis, SMK Abdillah Sarawak dan ke Sabah.

Pada tahun ini 2012, rancangan PKS kali ini adalah ke SMK Ahmad Boaestam, Setiawan dimana hala tuju lawatan adalah di sekitar Lumut dan Pulau Pangkor. Lawatan akan diadakan pada 6 hb - 8 hb Julai 2012. Seramai 35 orang pelajar dan 5 orang guru akan turut serta dalam lawatan ini. Adalah diingatkan kepada pelajar dan guru yang turut serta, dapatlah kiranya melapangkan diri dalam satu kursus sehari Kursus Tamu pada hari Ahad 1 Julai 2012 di Bilik Seminar SMK Dato Sri Amar Di Raja. Kehadiran adalah wajib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan