SELAMAT DATANG


Selamat Datang ke Blog Saya. Anda dialu-alukan untuk memberi sedikit komen.




Rabu, 27 Jun 2012

PENANAMAN POKOK GAHARU

Teknik penanaman gaharu – Utusan Malaysia online 19/03/2010


Pada umumnya terdapat dua spesies pokok yang menghasilkan gaharu iaitu pokok karas (Aquilaria spp.) dan cendana (Gyrinops spp.). Proses terjadinya gaharu apabila pokok yang mengalami luka atau diserang penyakit dan kulat yang menjangkiti pokok tersebut merebak ke dalam jaringan pembuluh kayu (vesel). Untuk terus hidup, kulat tersebut akan menggunakan cairan sel dalam saluran pokok sebagai sumber tenaganya atau makanannya secara perlahan-lahan sehingga menyebabkan kurang atau terhentinya penghantaran makanan kepada daun. Sel-sel yang isinya sudah dimakan oleh kulat akan membentuk suatu kumpulan sel mati pada jaringan pembuluh kayu. Hasil tindak balas kimia dalam kayu tersebut akan menghasilkan resin atau damar wangi yang dinamakan gaharu dan apabila dibakar akan mengeluarkan aromanya yang tersendiri.

RAJA BUAH

Durian ialah spesies beberapa jenis tumbuhan dalam genus Durio yang menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara di mana ia digelar "raja buah". Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Dari duri itulah ia mendapat namanya. Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 inci) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya seberat satu hingga tiga kilogram (2 hingga 7 lb). Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya daripada kuning pucat hingga merah, bergantung kepada spesies.

PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH

Koperasi Sedar telah memulakan projek PKS ini sejak tahun 2005 lagi, di mana lawatan yang dilakukan pada tiap-tiap tahun berasaskan pendidikan seperti melawat pelabuhan di Johor, lawatan ke kilang-kilang, tempat-tempat peranginan seperti Tanjong Piai, tempat-tempat bersejarah dan sebagainya.

PKS yang diperkenalkan oleh Pak Ungku, konsep Hos dan Tamu di perkenalkan dan saling bantu membantu untuk menjayakan program ini.Koperasi Sedar telah mengadakan PKS ini, seperti di SMK Pulau Tawar, Jerantut Pahang, MRSM Langkawi, Kedah, SMK Pulau Gadong, Perlis, SMK Abdillah Sarawak dan ke Sabah.

Pada tahun ini 2012, rancangan PKS kali ini adalah ke SMK Ahmad Boaestam, Setiawan dimana hala tuju lawatan adalah di sekitar Lumut dan Pulau Pangkor. Lawatan akan diadakan pada 6 hb - 8 hb Julai 2012. Seramai 35 orang pelajar dan 5 orang guru akan turut serta dalam lawatan ini. Adalah diingatkan kepada pelajar dan guru yang turut serta, dapatlah kiranya melapangkan diri dalam satu kursus sehari Kursus Tamu pada hari Ahad 1 Julai 2012 di Bilik Seminar SMK Dato Sri Amar Di Raja. Kehadiran adalah wajib.

Selasa, 26 Jun 2012

PETERNAKAN IKAN TALAPIA

Koperasi Sedar telah mengorak satu langkah ke hadapan lagi dengan mengendalikan satu projek yang dikendalikan sepenuhnya oleh kumpulan pelajar terpilih di bawah bimbingan Cikgu Adham. Peternakan ikan talapia ini sebagai projek asas untuk menunjuk ajar pelajar bagaimana hendak memulakan projek peternakan ikan secara besar-besaran (komersial) nanti apabila mereka menamatkan alam persekolahan nanti.


Isnin, 25 Jun 2012

PENGGUNAAN SCORE A

PELUANG UNTUK SEMUA PELAJAR-PELAJAR DARI TAHUN 1 HINGGA TINGKATAN 5.
TERUTAMA KEPADA PELAJAR YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR, PMR DAN SPM.

MARI SAMA-SAMA MENCUBA PENGGUNAAN SCORE A, SEMUGA ANAK-ANAK KITA MEMPEROLEHI KEJAYAAN CEMERLANG. MEMANTAU PENGGUNAAN INTERNET SELAMA 24 JAM, 7 HARI SEMINGGU DAN 365 HARI SETAHUN. TIADA HAD PENGGUNAAN DARI SEGI MASA DAN TENAGA.

SEBARANG PERTANYAAN PENGGUNAAN PROGRAM SCORE A, SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA MELALUI KOPERASI SMK DATO SRI AMAR DI RAJA MUAR BERHAD DI TALIAN 017-6516874
http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=6&ved=0CG0QFjAF&url=http%3A%2F%2Fwww.scorea.com%2F&ei=OzrpT7SMLoKrrAfdraH-DQ&usg=AFQjCNElU-lgcd_4bnRvOJMthGpVoTTZaA&sig2=ZVSGZfkV8JLBikzPCbN8aw

Rabu, 6 Jun 2012

scorea

guru.net


PENANAMAN POKOK PISANG

Koperasi Sedar dengan kerjasama Panitia Sivik dan Kewarganegaraan telah memulakan satu lagi projek keusahawanan dalam bidang pertanian. Penanaman Pokok pisang Tanduk merupakan projek perintis kepada projek yang lebih meluas. Sebanyak 40 batang pokok telah ditanam di kawasan belakang sekolah ini.

Projek ini telah dirasmikan oleh Pengetua sekolah ini selaku Pengerusi Koperasi Sedar pada bulan Jun 2012 yang lalu.Projek ini diketuai oleh Saudara Mohd Faiz dan dibimbing oleh Cikgu Afiendi Othman selaku penyelaras.